laman Web Baru STAR -LDP 2
Written by Webmaster
|
06 February 2010
Kepentingan portal maya dalam memperkembangkan organisasi sekolah untuk membantu meningkatkan prestasi para pelajar, meningkatkan keprofesionalan guru serta meningkatkan pengurusan serta pentadbiran sekolah adalah antara isi kandungan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang dianjurkan oleh SMK Tunku Abdul Rahman(STAR) kali yang kedua.
LDP di bawah tajuk 'Laman web STAR' ini telah disampaikan oleh cikgu Zamahari bin Jepon yang juga merupakan webmaster bagi laman web www.star.edu.my. Beliau memulakan sesi dengan memaparkan statistik pengguna internet seluruh dunia dan di Malaysia. Setelah itu, beliau menerangkan tujuan dan kepentingan mewujudkan sesuatu laman web bagi sesebuah organisasi kemudian memperkenalkan muka depan web seterusnya memperincikan isikandungannya. beliau menekankan bahawa bahagian yang paling penting alah bahagian forum di mana pelajar dan guru boleh berinteraksi secara maya. Di samping itu guru boleh menggunakan forum sebagai pelengkap kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang merupakan trend pendidikan terkini dan seharusnya dimanfaatkan oleh semua pihak. Para guru boleh berkongsi apa sahaja dokumen P&P mereka bersama guru-guru lain dan pelajar-pelajar mereka di ruangan forum ini. Ini akan memudahkan mereka menggunakan teknologi ICT dalam P&P mereka. para guru juga telah di beri tunjuk cara menggunakan forum .
Selepas itu guru-guru telah diberikan akaun email @star.edu.my, masing-masing. Sesi ini telah dikendalikan oleh cikgu Mohd Asrin. Beliau juga menerangkan dengan terperinci cara penggunaan email tersebut.
Sebelum itu, para guru telah berbincang cara menulis refkesi dalam rancangan pengajaran harian. Sesi ini dikendalikan oleh cikgu Ng Jueh Hiang dan cikgu Kueh Hui cheng. LDP yang diadakan di bilik serbaguna STAR itu telah dihadiri oleh semua guru STAR termasuk Pihak pentadbir. LDP bermula pada pukul 2.40 petang dan berakhir pada jam 5 petang.
Foto sekitar LDP 2


